Wednesday, December 23, 2009

Centella Asiatica Janda Baik Resort - Part 3

Ok, kat bawah ni gambar2 biasa lah, mandi sungai n main bola. Itu je lah aktiviti yg ada pun. Tang sungai tu aku langsung tak turun pun ke sungai. sebab nya aku tengok sungai tu tak menarik langsung, kecik n agak kotor. Bukan air sungai tu yg kotor, tapi persekitarannya. Kalau tempat yg aku biasa pergi kat D'ark resort tuh, bersih je sekitar sungai dia. Banyak kali dah aku sebut d'ark resort tu kan, sememang nya aku rindu tempat tu. Jangan tak tau, kami sempat lagi jalan2 kat d'ark resort, saja nak lepas kan rindu. Timekasih banyak pada cik nurul yg sudi melayan kami round2 kat sana. eh sebelum aku lupa, aku jumpa ustaz zawawi kat d'ark resort tuh. ala ustaz yg selalu masuk tv tu lah, baik nya uztaz tu, dia yg mula tegur kitorang. aku ingat kan dia mcm ustaz2 lain yg aku pernah jumpa, mcm takut nak tengok pompuan kan, lagi lah pulak kalo yg tak pakai tudung nih....heeeee.

ok berbalik pada citer aku kat centella ni, rasanya owner patut tingkat kan lagi mutu kualiti resort ni. dan yg penting kurang kan kecerewetan anda...ahaksss. tapi hari tu aku suka lah kat anak perempuan pada owner resort ni yg boleh lebih kurang, baik org nya. I think dia pun tau kot mak dia punya songeh. kalo datin terbaca blog saya ni jangan lah marah ye, ni saya ckp ikhlas dari hati saya. mungkin dengan apa yg saya tulis kat sini datin dapat mengupgrade kan lagi mutu resort datin tuh. dan mungkin suatu hari nanti mana lah tau, saya akan singgah lagi ke resort datin....insyaallah...yg sebenarnya datin tu baik je tutur katanya, cuma agak cerewet....itu je....

eh lagi satu, pasal memancing satu joran rm30 tu mmg mahal pun. dah joran kita kena bawak, pastu nak beli umpan lagi, nak bayar kolam lagi....boleh tak datin turun sikit rege tuh...hehehe...(jue, tu baru satu joran, tu family aku berapa org jantan tu, kurang2 nak ada 5 joran....dah berapa hengget nak bayar sewa kolam ek....kehkehkeh...). itu pun kalo dapat ikan, kalo tak dpt.....patah2 kan je lah joran tuh...hahahaha....

Lupa nak ckp, dah lah tempat tak meriah kan, hari lak ujan jek, lagi lah bertambah sayu nya hati aku nih....hahahha....nasib baik lah dapat makan sedap2, brekfes makan roti canai kat gerai situ sedap, pastu mcm biasa mesti nak singgah kat gerai minang makan sop daging pun sedap...itu je lah yg best percutian aku kali nih....hehehe.....ok lah, layan je lah gambar2 kat bawah ni.....adiosss.....

ps...kalo datin terbaca blog ni lagi kan, boleh datin buat sinki tempat basuh pinggan mangkuk kat khemah makan tu tak, susah lah nak membasuh pinggan kena masuk bilik air pastu kena menyangkung, lenguh lutut i tau....kehkehkeh..... boleh ye datin....:)



pom2 girl sibuk makan kuaci....


aku pun tak tau kat mana dorang main bola ni sebab tempat ni tak nampak dari tempat chalet kitorang duduk. tu lagi satu tak best, kalu kat d'ark padang depan chalet jek, so boleh lah tgk hero2 i beraksi....ahaksss....



tu yg nak tendang bola tu, jari bengkok main futsal itu hari pun tak baik2 lagi. sakan main bola....



ni lah sungai nya....nak pegi sungai kena lalu belakang chalet...


suka nya dia....

buat kerja amal menambak dan membersih kan sungai.....

auwwww...mak tak rela tengok ini abang buncit....hahahaha....

apa pun budak2 mmg happy lah main air.....




eh lagi satu datin, tak best lah kalo kakak penyambut tetamu cum cleaner tu dah standby je kat depan bilik kitorang masa hari nak check out tu. kitorang tau lah check out time kul 12 pm. mmg tengah bersiap2 kemas barang pun masa tu. so bila ada org menunggu ni rasa kelibut berpeluh2 kitorang mengemas. Kalo kat tempat lain relek je lagi, lambat keluar 1 jam pun dorang ok jek.....ermmmm.....lagi pun u punya check in time kan 3 pm, banyak masa lagi kakak tu nak mengemas....kan datin kannnn.....apa pun kakak tu ada pesan kat kitorang, jgn serik datang tempat u lagi....baik kakak tu.....insyaallah ye kak, tak tau lah bila nak datang lagi....:)











Tuesday, December 22, 2009

Centella Asiatica Janda Baik Resort - Part 2

Ni gambar2 kat tempat khemah makan dan juga gambar dlm chalet. Kami sewa 2 buah chalet sebab kalo sewa 1 chalet jawab nya runtuh lah chalet tu. so setiap dlm satu chalet ada 5 katil single. Dalam bilik ok je lah, tapi bersih. Bathroom pulak teramat lah kecik nya, tapi tetap bersih. Cuma kekadang tu bila kita tgk tempat tu dari luar mcm resort best so bila kita masuk bilik tidor pun kita expect yg best jugak lah kan. tapi bagi aku bilik tidor dia biasa je lah, mcm asrama plkn pun ada...nasib baik lah sewa 1 malam jek...hehehe...lagi aku heran kata chalet2 tu baru dibuka sebulan lalu untuk public tapi nampak semua nya macam lusuh.

Yg buat tak best tu sebab kami kena tunggu sampai check in time 3 pm. apa lah salah nya bagi kitorang masuk bilik kan sebab dah sampai awal pun. lagi pun mmg tak ada satu maanusia pun yg duduk kat sana melain kan pakcik tukang kebun. lagi haru owner tak bagi kakak penyambut tetamu cum cleaner benar kan kami masuk walau pun kakak tu ada kunci sebenarnya. apa2 pun semua kena tunggu owner datang dari KL baru boleh bagi masuk. Lagi satu kalo urusan bayaran pun either kena bank in duit dlm akaun owner atau pun masa owner dtg bukak pintu bilik bayar terus kat dia. owner tak benar kan kakak penyambut tetamu mengutip duit dari guest. kakak penyambut tetamu ni masuk keje pun pukul 2.30 petang. so kalo ada guest yg dtg awal daripada tu sila lah tunggu. susahlah aku rasa kalo nak duduk resort cam ni, tak ada tolak ansur lepas tu jadi masalah lah pulak nak kena tunggu org bawak kunci lah hapa. bukan lah nak ckp apa, kebanyakan tempat yg aku dah pegi kalo sampai awal dorang bagi je check in kalo bilik tu dah bersih. tak ada masalah lah.

mungkin owner ada masalah dia sendiri, entah lah kan. tapi aku rasa kalo owner nak maintain tempat tu dia kena percaya kat staff dia. dah lah tempat tu tak ada apa aktiviti yg menarik pun except the kolam ikan. nak memancing ikan kat situ kita kena bayar untuk satu joran rm30. tapi tak ada lah kami memancing pun sebab tak ada joran pun. tengok je lah ikan besar2 kat dlm tu dgn geram nya. pada aku part yg nampak tenang dan tak serabut ialah part kat rumah antik tu jek, tu sebab kalo kita nampak dari luar kat jalan besar, kita nampak je rumah antik tu terus rasa nak masuk tengok. bila masuk je kat part chalet2 mmg tak ada apa yg cantik dan menarik pun. tapi ok lah, tempat ni elok lagi lah dari tempat yg mula2 aku cerita kat part 1 yg ada chalet mcm rupa jamban tu.

lupa nak cakap kat dlm chalet tu ada kipas n aircond, harga semalam rm125.00. tapi bila malam mmg tak pakai aircond pun sebab tersangat lah sejuk nya. tv tak ada dlm bilik ok, ada tv kecik kat tempat khemah makan and ada astro jugak. so mlm2 kitorang serupa tengok wayang kat tempat terbuka mcm dulu2 kat funfair tuh...hehehe....dah family aku je yg ada kat situ kan, suka hati kitorang lah nak menjerit ke nak terlolong ke kat dlm khemah tuh...hahaha. tapi dah nak dekat midnite mcm tu ada lah nampak 2 family masuk duduk kat chalet kat belah belakang2 sana. ok, korang layan je lah gambar2 kat bawah ni dulu, nnti aku masuk kat part 3 pulak....:)




ni 2 org model kuaci cap charcher....kehkehkeh...


para dayang sedang menyediakan makanan untuk dinner...

ni lak masa siang hari baru sampai tempat ni sebelum budak2 ni pergi masjid semayang jumaat.




budak2 plkn sedang berehat selepas makan tghari....


ni apa lah pulak hal nya. si nabil kengkunun tengah baca doa kat 2 org yg terbaring tuh....adoiiii....

dah nangis lah pulak...adoiiii....mcm2 lah budak2 nih.....pandai je lah berlakon tuh...








Centella Asiatica Janda Baik Resort - Part 1

Pada cuti awal muharam baru ni aku n family bercuti di Janda Baik. Aku dah tak ingat dah berapa kali aku bercuti kat Janda Baik ni. Tapi pada kali ni aku tak dapat duduk kat tempat kami selalu duduk di D'Ark Resort sebab tempat tu dah penuh. Frust lah jugak sebab tak dpt bilik kat D'Ark tapi dalam frust2 aku cuba lah cari kat tempat lain. Akceli aku dah buat booking kat satu tempat ni, nama tak payah sebut lah. Sampai je kat tempat tu aku dah tak berkenan dah, apa tah lagi adik beradik aku. Tengok kat dlm internet mcm ok je, tapi bila tengok tempat tu mmg sedih lah. Chalet buruk dgn rupa bentuk sikit lagi nak macam jamban. Dengan sekeliling semak samun, nampak betul tak selesa lah. Nasib baik aku belum bayar deposit kalau tak mmg haru lah. So lepas round tempat tu n semua sepakat tak berkenan, kitorang beralih pulak ke tempat lain. Ternampak pulak Centella Asiatica resort ni, tengok dari luaran terus jatuh cinta. So adik aku call lah resort ni tanya ada tempat kosong ke tak. Kebetulan ada kosong dan owner resort ni Datin Rohana nama nya membenarkan kami masuk. Kat dalam tu ada lah tukang kebun tengah membersihkan kawasan sekitar.

Masuk je kat dlm resort tu mmg seronok lah tengok kawasan sekitar yg cantik dengan landskap yang teratur. Terdapat 2 buah kolam ikan didepan resort, nampak air nya yg tenang dengan ikan yg besar2. Rupanya owner resort ni duduk di KL, dan hanya dia yg pegang kunci bilik, so kami semua kena tunggu dia datang nak bukak bilik....ermmmm.....ini macam punya bisnes pun ada. So menunggu lah kami dari pukul 12 lebih hingga pukul 2 lebih kat dlm tu. Nasib baik ada tempat rehat mcm khemah untuk org ramai duduk sambil nonton tv. Tapi masa tu tv tak boleh bukak pun tak tau kenapa. yg ada masa tu hanya kitorang je, kiranya mcm kami ni lah 1st customer pada hari jumaat tu. Sementara menunggu kunci sampai, kaum lelaki pergilah sembahyang jumaat di masjid berdekatan. Kami kaum ibu dan anak2 lepak lah kat situ sambil bukak bekalan makan tghari. Okay, aku berenti takat ni dulu, ini baru part 1 ok! ada banyak gambar dan ada banyak cerita lagi yg aku nak tulis. sementara aku mengupload gambar lain, korang tengok lah gambar2 kat bawah ni......tungguuuuu.....



nampak tak no. tel dgn website tu, sesiapa yg nak duduk disini silalah contact no tel tersebut. nama owner nya Datin Rohana.



cantik nya lahh....ni bunga kantan kan....







Datin ada bercerita yg rumah antik ni, kayu nya di ambil dari sebuah masjid yg telah diroboh kan di Kelantan kalo tak silap. So Datin telah mengupah tukang kayu dari Kelantan nama nya Pak Lah untuk membina semula rumah antik ni di Janda baik. Memang cantik kerjatangan paklah. So sebelum datin membuka tempat ni sebagai resort, datin telah tinggal di rumah ni untuk beberapa tahun dan kemudian berpindah pula ke KL. Untuk pengetahun anda semua, rumah antik ni pun untuk disewa juga tapi lebih kepada package pengantin. sewa sebuah rumah antik 3 bilik nih ialah RM2500 semalam. sesiapa yg teringin nak buat wedding kat sini boleh lah contact datin tu ye. hari tu ada jugak aku mintak nak tengok kat dalam rumah antik ni tapi datin beri alasan kunci tak ada kat dia so tak boleh nak masuk. ermmmm.....entah lah ek, kalo dapat tengok boleh jugak aku ambik gambar kat dlm rumah ni n tolong promote kan wedding package dia. tak pe lah, org tak sudi nak bagi masuk kannnn.....























Ini lah chalet tempat tidor kami. errmmmm....ni rupa luaran ok, dalaman nanti aku tunjuk....ermmmm.....



cute kan, ada angsa u.....tapi angsa ni tak kejar org pun. dia pulak yg lari bila kita datang dekat. kan selalunya angsa yg kejar org....tapi ok lah, aku cukup takut kalo angsa kejar sebab dulu masa kecik pernah kena sudu dengan angsa....meraung mak nok....









kenapa tu? terpijak taik angsa ekkk.....heeee...


tau tak ni pokok buah apa? ini lah dia pokok buah markisa. kan dulu aku pernah buat posting pasal buah markisa kan, cuba tengok kat old post kalo korang nak tengok buah tu bila dah masak. pakcik tukang kebun kata, bila buah masak dia bawak turun ke kg cina dorang jual kat penjaja cina kat situ. jadi nya yg aku beli hari tu mesti dari kebun org2 melayu kat area janda baik ni jugak lah kan....alkisah nyaaaa....


Ini lah dia tempat kitorang menunggu datin datang bawak kunci.




deretan chalet2...


korang pernah tengok pokok pisang berbunga? ni hah...1st time aku tengok pokok pisang berbunga nyah....ke pokok ni satu spesis dengan pokok helicornia tu ke tak tau lah aku....tapi daun pokok ni mmg mcm pokok daun pisang.

















































Monday, December 21, 2009

Kenduri Kahwin

Kenduri kahwin nih aku pegi minggu lepas, tapi sebab tak sempat nak upload so minggu ni lah aku taruk kat blog. kenduri kahwin ni ada lah meraikan perkahwinan anak lelaki kepada kawan aku. Pengantin lelaki tu nama dia Radhi, nama pengantin pompuan aku dah lupa...soriiii. Dah besar panjang rupa nya budak radhi nih. Masa aku kenal dengan mak dia, kecik lagi dia. Cepat betul masa berlalu, dah kahwin dah budak ni. Tak lama lagi timang anak dan bercucu lah pulak kawan aku tuh. Kepada Radhi semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat....amin....









aku akceli nak bergambar dgn mak pengantin kawan aku tuh, tapi dia punya lah bizi melayan tetamu, so aku aje lah yg bergambar dgn nureen n adik ipar aku. Tengok lah gambar atas ni, rambut si nureen mengerbang sebab dia nak lari tak nak bergambar, tapi sempat lah tgn aku tarik baju dia.








Tuesday, December 15, 2009

Salji turun di Pavilion

Sambungan pada cerita aku yang semalam, selepas bersuka ria di tasik titiwangsa kami menuju ke Pavilion pula sebab aku teringat aku ada baca kat dlm paper dorang ada tunjuk snow turun tepat pukul 8 mlm. Kelam kelibut juga lah nak kejar masa dengan jalan nak masuk pavilion jam teruk. Yg akhirnya hanya kami kaum2 ibu dan juga anak2 sahaja yang dapat tengok salji turun ni, kaum2 bapa hanya dapat pusing2 kat basement mencari parking. Ya ampun ye abang2 semua, nasib baik tak ada yang tersentap sebab cari parking...hehehe.


So masuk je kami ke dalam mall, laju berjalan sebab takut terlepas nak tengok salji turun, masa tu dah tepat pukul 8 dah. Aku jumpa je guard aku tanya kat mana tempat salji turun tuh, ada lah 3,4 org guard gak aku bertanya. Sekali bila aku jumpa tempat tu, rupanya salji turun tu kat entrance luar menghadap starhill tu. Hampeh betul, kalo aku tau kat situ, baik kitorang turun je kat depan jalan tu dan tak payah nak round2 dalam mall tu mencari tempat salji tu dan tak payah lah kaum bapak naik hot mencari parking kat basement tuh. Dah lah dengan ramai orang, sampai je kat situ punya lah berasak2 orang nak bergambar kat situ. Memang cantik lah hiasan dorang buat, ada pokok krismas, ada rusa dgn kereta tarik nya dengan lampu2 yang menghiasi, sungguh indah suasana. Kami pun apa lagi, memang hantu bergambar kan....tak lepas peluang bergambar kat mana sahaja yang boleh.


Yang dikatakan salji turun tu ada lah salji buatan dari bueh2 sabun yang dikeluarkan melalui satu alat dari tingkat atas entrance tuh. Bila tgk dari jauh mmg nampak mcm salji, tapi kalo terkena mata pedih ye tuan puan. Dan kalau korang nak pergi tgk salji turun ni baik lah siap2 pakai baju tebal dengan sarung tangan sumer ye. Kalau boleh pakai hooded sekali, dan nak lagi cantik pakai lah winter coat ye, sebab sejuk giler kat situ tau. Korang tak caya ek, betul lah sejuk sampai ke tulang sum2 gitu...hehehe....tak ada lah, aku gurau je. yang sebenarnya, punya lah panas time tuh, patut nya dorang buat lah kasi angin sejuk ke hapa kan. Ini dah lah orang ramai berasak2, punya lah panas tak boleh nak cakap. Kalau korang nak pergi tengok ni, rasa nya dorang buat ni every nite hingga 24/12 kalau tak silap. Dan snow turun nak tak lama cuma dalam 20 minit jek. so tengok lah gambar2 kat bawah ni ok....adiosss...



Nampak tak salji turun tuh....




















sejuk sangat lah tuh....yo yo o je kan...




makwe santa clause....hehehe....camtu lah senyum kasi nampak gigi, kan lawa....:)














Monday, December 14, 2009

Beriadah di Titiwangsa

Dipetang hari sabtu lepas kami beramai2 ke tasik titiwangsa. Tujuan mula2nya nak bawak budak2 naik kuda, tapi malangnya sampai je di kaunter tiket, officer kat situ kata jualan tiket dah tutup sebab dah pukul 6 pm. Aku tengok org ramai yg dah ada tiket masih menunggu giliran nak naik kuda. Panjang nya lah beratur. So aku pun kesian lah kat budak2 sebab tak dpt naik kuda, akan tetapi rupa2nya dorang pun memang tak heran nak naik pun. Bertuah nya budak, kita nak kasi dorang happy naik kuda rupa nya dorang sikit pun tak excited. Mak2 budak rupa nya yang terlebih excited...hehehe....


Hari tu mmg ramai gila lah org kat titiwangsa, dengan susah nya mencari parking kereta. So selepas round sekejab kat tempat kuda tu, kitorang naik kereta balik menuju ke tempat lain. Akhirnya kami melepak kat tempat org main kereta control. Jauh jugak berjalan dari car park ke tempat tu. Berpeluh2 jugak lah berjalan ketempat tu dlm cuaca yg agak panas. Kiranya mcm exercise jugak lah kan, dpt gak bakar lemak berjalan jauh. So sampai je kat tempat main kereta control tu kitorang semua ambik tempat yang ada atap berteduh. Kerusi meja pun disediakan. Dan kami pun mengeluarkan segala khazanah yang ada didalam beg. Jangan salah sangka, khazanah tu bukannya kereta control ye...akan tetapi bekalan makanan yang kami bawa dari rumah sebenarnya. Sesambil tgk org main kat situ, kitorang pun menjamu selera. Dah berjalan jauh kan, makan pun laju lah tak hengat2. Memang seronok, mcm berkelah kat tepi sungai gitu...hehehe....lagi seronok sebab semua bekalan habis di makan, dan badan pun tak sakit pikul beg sebab semua bekas dah kosong. Mari kita tengok gambar2 kat bawah ni.....:)



ini popia goreng adik bongsu aku yang buat. sedap giler popia ko nok...ahakss....adik aku yang rajin ni kan, bawak popia goreng dgn french fries....


aku mcm biasa lah kan, bawak benda yang senang lenang je kan, aku buat nasi goreng sardin dgn cili padi. nama je taruk cili padi tapi tak pedas pun....AKAN TETAPIIIII.....TUNGGU YEEE...BACA KAT BAWA NI LAK....

INI DIA!!!!!....PEDAS BERAPI NYAH. MAK BAWAK SAMBAL TEMPOYAK!....BOLEH GITU...SATU TITIWANGSA BERBAU TEMPOYAK MAK...HAHAHA....


ni lak sos untuk popia goreng dgn fries....mayonis cmpur cili sos sebenarnya.

tak naik kuda, ambik je lah gambar kuda...


cantik kan kuda ni...

nabil, hasif dgn nureen. hasif tu anak buah aku dari k.tganu. mak ayah dia dah balik ganu dah, cuma dia dgn abg dia je yg tinggal sini lagi. minggu depan baru dorang balik ke sana.


Ish ish...bersepah nya...


sambil makan sambil tgk kereta racing...


apa lah nak jadi dgn korang nih...bawak2 lah berjogging ke...ini tidak...keje nak mencekik jek....kehkehkeh....


makan minum...makan minum...itu je lah kojo korang....



Dah habis makan minum, time tu pun dah dekat time maghrib, kitorang singgah dekat surau situ. lepas solat kitorang berangkat pulak ke Pavilion. Nanti kan kisah kami di Pavilion pulak ye....adiosss.....







Thursday, December 10, 2009

Studio Cafe - wangsa maju

Akceli tempat ni kitorang pergi masa awal bulan puasa itu hari, rasanya eve of puasa, selepas solat terawih adik ipar aku ajak kitorang pegi makan kat tempat ni. Nak ikut kan, macam dah makan sahur sebab makan pun dah tengah malam, tapi besok awal pagi tetap kena bangun sahur. Ye lah kan, mana tahan perut kami ni kalau tak pekena nasik. Gambar2 ni agak lewat taruk kat dlm blog sebab aku tak bawak kamera, gambar2 ni pulak guna kamera adik aku so agak lambat sikit nak dapat kan gambar2 ni dari dia. Lembab kannnnnn.....(to dot, jgn mare nnti cepat kedut)


Apa pun tempat ni makanannya sedap2 belaka dan suasana pun best. Malam tu ada show artis jemputan menyanyi menghiburkan pengunjung. Walau pun small band tapi meriah, suara pun bagus. Nama penyanyi n nama band aku dah lupa. Dikatakan penyanyi zahid ada share kat cafe ni, no wonder lah gambar dia merata2 kat dalam tu. Tapi share partner nombor satu kawan pada adik ipar aku gak. kawan2 merempit gitueww.... Pada sesiapa yang teringin nak pergi tempat nih, senang je nak cari, cafe ni terletak di deretan shophouses belakang carrefour wangsa maju. cafe ni dekat dengan restoran chinese food amy search punya tu. so tengok je lah gambar2 kat bawah ni ye....kalau sesiapa yang tak suka nak tengok gambar aku, kot2 keluar muntah ijo ke, u can get out from here!......ini blog aku, so aku punya sukalah nak taruk apa pun....cittt....



sama padan dan sama besarrr....auwww....lariiiiii.....




Yang sponsor dinner malam tu, cik abang janggut sejemput tu lah....lariiiii......tq ye....lenkali belanja lagi....hehehe....









kenapa adik senyum cam tu....tak best arr...lenkali senyum biar nampak gigi tau....asset tuh....kuangkuangkuang....:)


amboiii...cik nureen, kemain suka lagi dia. tu sebelah nureen tu anak buah belah hb, eisya nama dia. dulu2 kan aku ada buat entry pasal eisya dengan abang dia, ingat tak? tak ingat sudah. kebetulan mlm tu dia nak tidur rumah aku, so bawak lah sekali.


yummyyyyyy.....

aku bukan nya kenal sangat dengan penyanyi syawal ni until adik2 aku kata dia tu penyanyi dari show realiti AF. Walau pun aku tak kenal, gambar tetap kena ambik okayyy.....hehehehe....hensem gak budak ni lepas tu tinggi nyer lah. gambar ni akceli aku dgn adik aku berdiri dekat level atas dan syawal berdiri dekat level bawah. so bila dalam gambar nampak lah aku lebih kurang je tinggi dengan dia...hehehe.... tak tau macamana nak explain, cafe tu ada 2 level tak sama aras. level bawah tu ada tangga nak turun, cam tu lah. nak tau cam ner pegi lah tengok sendiri ye.