Manusia ni perangai macam2 kan. Ada yang kalau baik, baik sangat. Kalau yang jahat busuk hati, memang busuk sesangat. Ada saudara bercerita dgn aku, yang adik dia dok sibuk nak mintak geran tanah mak dia. Dia nak gadai tanah mak sebab nak buat loan bank. Bila mak dia tak bagi macam2 perangai yang dibuat kat mak dia dgn adik beradik jugak. Sampai boleh dia cakap kat mak dia, nanti kalau nak buat wasiat tak payah nak letak nama dia dgn anak2 dia. Bunyi macam merajuk tapi perlu ke nak cakap dgn mak dia macam tu. Suka hati mak dia lah letak nama sapa pun. Nampak sangat dia mengharap yang nama dia tersenarai kan.
Lagi satu masa bertekak dengan mak dia, sampai mengungkit apa yang dia dah bagi, apa yang dia dah buat kat rumah mak dia tu. Ye lah, memang banyak yang dia dah buat untuk rumah mak dia tu, dia lah yang repair rumah mak tu. Memang adik beradik lain hargai jasa dia tu. Dah dia yang mampu nak buat, dan dia pulak nampak macam ikhlas nak menyumbang kat rumah tu. Rupa2nya ada udang sebalik mee. Dia buat penyumbangan sebab ada plan lain. Geran tanah mak tu yang di aim nya. Alahai...bila mak tak bagi macam2 disebut kat mak dgn adik2.
Patut ke macam tu? Bukannya adik2 lain tak ada buat sumbangan kat rumah mak tu, semua ada buat sumbangan. Tapi tak pernah nak ungkit2 lah kan. Itu semua kira tanggungjawab anak2 pada mak. Sapa yang mampu buat lah, sapa yang tak mampu...tak apa...mak dia tak bising pun. Tak payah lah nak ungkit apa yang kita bagi kat mak. Itu urusan mak lah nak bagi harta dia kat sapa. Mak boleh pikir dan tau apa yang patut dia buat. Terpulang kat dia. Kita ni sebagai anak walau macamana sentap dengan mak pun, kita tak boleh nak melawan dan kurang ajar dengan mak. Benda2 ni semua terkena balik kat kita. Besok2 anak kita pulak buat kita mcmana kita buat kat mak kita, betul tak? Kesian lah kat adik saudara aku tu. Dia sendiri yang carik pasal, dia sendiri yang mengasingkan diri dari keluarga. Apa dia dapat buat macam tu kan. Bahagia kah hidup tanpa ahli keluarga kita sendiri?
Lepas tu yang sadis nya, hanya kerana pasal kes geran tanah dan juga pasal adik2 dia tak setuju dengan tindakan dia yang memaksa adik2 keluar duit membayar hutang dia (buat hutang atas kesalahan sendiri), boleh dia menyeksa jiwa adik dia dengan tak bayar monthly repayment loan bank yang dorang buat sama2 (dulu dorang ada ambik loan kat bank). So loan tu dorang bayar sorang separuh setiap bulan. So now adik dia yg tanggung monthly repayment tu sorang2....sangap lah adik dia, gaji bukan banyak pun. Dasyat kan perangai adik dia tu. Ada ke patut buat adik beradik mcm tu? Boleh pulak sangkut kan benda lain dgn benda lain yang tak ada kena mengena.
Entah lah, macam2 hal adik beradik ni kan. Kadang2 pasal harta, pasal duit ringgit ni boleh buat keluarga pecah belah. Sebenarnya kisah saudara aku ni ada banyak kesah yang babit kan adik dia tu, dah banyak kali sangat adik dia buat perangai, lepas tu dia sendiri yang carik balik adik beradik dia. Makanya adik beradik dia pun dah lali sangat dgn perangai dia tu. Tapi tak baik lah naya adik beradik sendiri kan. Lepas tu sampai bila pulak yang tak nak jumpa mak sendiri kan? Memang lah ajal maut ditangan tuhan, mana lah tau kot tak panjang umur mak awak tu, tak sempat nak berjumpa dan mintak maaf, jangan pulak dia sasau nanti.
4 comments:
Kan..macammana nak cakap..boleh sakit jiwa dibuatnya.
susah adik beradik yg tak leh nak sepakat ni manis...jenis tak boleh lebih kurang...pastu nak org ikut kepala angin dia je..susah lah cam tu kan...
kerana harta sgup bgaduh sesama ahli keluarga. mslh sy sama jgk, abg & kakak berebutkan harta mak utk kepentingan biz. tanah itu 1,1 nya utk mak bina umah memandangkan mak masih myewa rumah sdgkan abg & kakak msg2 da ada umah sendri. tp mslh sy bbeza, mak seakan2 sgup putih mata utk biz anak2 sbb fikirkan rasa tgjwb thdp anak2 wlpn anak dah berumur 30thn lbh.
anonymous...tq tulis komen kat sini, ada blog ke? boleh kita berkenalan. Selalunya ibu sanggup mengadai harta dan nyawa demi menolong anak2 tapi anak2 pula yang tak pernah ingat jasa baik ibu, sanggup mengumpat keji dan putuskan hubungan dengan ibu bila timbul ada benda yg anak2 tak puas hati. Akak simpati dgn nasib ibu u, semoga Allah swt meringankan beban dan memudahkan segala urusan ibu u tu. Amin.
Post a Comment